Tuesday, April 20, 2010

Hak Untuk Membuat Pilihan

Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya. Pengguna juga berhak membuat aduan atau kritikan jika terdapat sebarang ketidakpuasan. pengguna tidak seharusnya mendiamkan diri apabila barang yang dibeli barang yang rosak atau tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Monday, April 12, 2010

Selamat Datang


Free Clipart

Selamat datang ke blog interaktif hak pengguna :

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas

Sunday, April 11, 2010

Sedari hak anda sebagai pengguna: Hak mendapat keperluan asas

Sedari hak anda sebagai pengguna: Hak mendapat keperluan asas

Setiap manusia memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup. Tanpa keperluan asas manusia tidak dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa. Keperluan asas merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow, manusia perlu memenuhi keperluan dari tahap paling bawah hingga ke tahap yang tertinggi . Ia merujuk kepada keperluan paling utama yang perlu dipenuhi ialah keperluan fisiologi, yang kedua ,keperluan sosial dan yang tertinggi ialah keperluan rohani.

Sekirannya ada pihak yang menafikan hak kita mendapatkan keperluan asas, maka suatu tindakan yang sewajarnya perlu diambil. Contohnya membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pelbagai undang-undang juga boleh dirujuk terhadap penafian hak mendapat keperluan asas. Antara undang-undang yang berkaitan makanan ialah:
  • Akta makanan, 1983
  • Peraturan-peraturan makanan, 1985
  • Akta Kawalan Bekalan, 1961
  • Akta kawalan Harga, 1946
  • Akta Perihal Dagangan, 1972
  • Akta Timbang dan Sukat, 1972
  • Peraturan-peraturan Timbang dan Sukat, 1973

Sebenarnya hak mendapatkan keperluan asas ini adalah lebih kompleks sekiranya diteliti dari aspek kualiti,kuantiti, kesesuaian masa dan sebagainya. Ia bukan sekadar mendapat keperluan asas tanpa melihat kesesuaian lain, contohnya: jika kouta membeli beras, perlulah diteliti adakah ia sesuai dengan harga, kualiti dan kuantiti yang dibeli? Oleh itu pengguna haruslah bijak seiring dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan segala hak pengguna berada di tempat yang sewajarnya.

Terdapat banyak panduan,kaedah atau langkah yang boleh digunakan oleh pengguna dalam mendapatkan keperluan asas yang sewajanya . Antara panduan untuk mendapatkan keperluan asas yang baik serta berkualiti adalah dengan cara:

  • pilih produk makanan keluaran syarikat tempatan kerana ia mungkin lebih murah, segar,halal dan menjimatkan pertukaran mata wang asing.
  • Beli buah-buahan pada musimnya kerana harga adalah lebih murah dalam keadaan yang tidak membazir, ini kerana tabiat membazir dilarang keras dalam agama islam.
  • Beli makanan secara borong terutama makanan yang tidak mudah rosak.
  • Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organik berbanding makanan dalam bentuk yang sudah diproses.
  • Amalkan tanam sendiri sayur-sayuran untuk pemeliharaan alam sekitar.
  • Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh kerana manfaat khasiat dan kurang bahan kimia.
  • Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan perbandingan.
  • Tentukan makanan adalah seimbang dari segi khasiatnya.
  • Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan elum melewati tarikh akhir.
  • Pastikan makanan yang bertin tidak kemek atau berkarat tidak sempurna pengetinannya.

Selain daripada aspek makanan, tempat kediaman juga perlu di ambil kira dari aspek yang sewajarnya bagi setiap pengguna. Segala proses memiliki rumah perlu diketahuai agar tidak berlaku penipuan atau sebarang masalah. Biasanya pengguna yang membina dan membeli rumah melalui pihak pemaju banyak menimbulkan masalah, seperti pemaju menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti dan tidak menyiapkan rumah dalam tempoh perjanjian. Maka dengan itu gunakan hak anda sebagai pengguna dan selesaikan dengan cara yang berkesan agar semua pihak mendapat hak yang sewajarnya.

Hak mendapat keperluan asas juga meliputi hak kesihatan. Di mana pengguna harus memastikan aspek kesihatan tidak diekploitasi oleh pihak yang tidak betanggungjawab. Apa yang penting kita sebagai pengguna harus mengambil langkah terbaik untuk kesihatan diri sendiri. Umpamanya anda boleh mengikuti panduan di bawah untuk menunaikan tanggunjawab pengguna dalam aspek kesihatan:

  • Sentiasa makan makanan seimbang dan mengikut peraturan
  • Sentiasa bersenam
  • Jangan menghisap rokok
  • Jauhi najis dadah
  • Adakan masa bersama keluarga
  • Dapatkan rehat yang cukup jangan minum minuman beralkohol
  • Jadilah pengguna bermaklumat mengenai kesihatan

Setelah berbincang mengenai aspek makanan tempat tinggal dan kesihatan, bagaimana pula dengan hak pengguna terhadap pakaian? Pakaian yang dibeli mestilah bersepadanan dengan kualiti dan harga . Pastikan sebarang ketidakpuasan pengguna semasa dan selepas membeli pakaian dapat diselesaikan secara profesional.

Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri keperluan asas yang baik yang sepatutnya kita perolehi. Sekiranya tidak mendapat keperluan asas yang sewajarnya kita perlulah bertindak atas dasar hak pengguna.

Blog Counter

Free Blog Counter

Shout Box
ShoutMix chat widget